Senin, 24 Mei 2010

Al-Fatihah - Eairrin Bt Hasshim

Asalamualaikum wbt

Ingin saya berkongsi cerita di sini, pagi tadi bila saya terbangun dari tidur ternampak ada message pada handphone saya, bila dibaca rupa-rupanya ada seorang sahabat telah kematian isterinya awal pagi tadi akibat penyakit leukimia dan isterinya juga merupakan sahabat kepada saya dan salah seorang yang mengikuti blog ini. Saya terus terduduk dibirai katil, mengenangkan ujian yang terpaksa dihadapi oleh keluarganya terutamanya anak tunggalnya yang baru berusia 4 tahun. Tanpa saya sendiri sedari semasa solat subuh air mata saya mengalir. Saya sendiri langsung tiada mood untuk ketempat kerja atau memikirkan masalah kerja. Jelas kenangan bersama arwah dan keluarganya dimata saya.

Bagi saya arwah adalah seorang yang ceria, kuat semangat, tabah dan mesra. Walaupun saya sendiri baru mengenalinya tetapi dengan kemesraan dan sifatnya yang periang seolah-olah membuatkan saya telah lama mengenali arwah. Bayangkan semasa sebelum dimasukkan kehospital arwah melayan kunjungan kami dengan penuh ramah dan memasak masakan kegemaranya iaitu nasi lemak untuk kami, sedangkan pada masa tersebut beliau masih sakit dan itulah yang merupakan kali pertama dan terakhir bagi saya merasa masakan arwah.

Begitu juga dengan suami dan ayahnya yang sentiasa mengalu-alukan kunjungan ziarah kami kerumahnya , bagaimana kami sama-sama merancang untuk mengadakan solat hajat sebelum arwah dimasukkan kehospital serta berikhtiar mengubati penyakitnya dengan cara alternatif(Islam). Semuanya itu masih jelas dalam ingatan saya.

Tetapi apabila arwah dimasukkan kehospital, kami sudah tidak dibenarkan menziarahi arwah lagi atas arahan doktor hanya suami dan ayahnya sahaja yang dibenarkan masuk, hatta anak arwah sendiri tidak dibenarkan masuk melawat. Namun solat hajat dan doa untuk kebaikan arwah sentiasa dibuat baik secara sendirian atau pun secara berjemaah. Sekali lagi sebentar tadi saya tersentak apabila semasa berdoa, saya terdoa untuk kesembuhan arwah, kemudian baru saya tersedar yang arwah baru pergi meninggalkan kita.

Pagi tadi saya berpeluang menziarahi jenazah arwah, solat jenazah hingga selesai majlis pengkembumian arwah, kerana inilah sahaja penghormatan terakhir yang dapat saya berikan kepada arwah. Semasa tiba dirumah arwah telah kelihatan ramai orang yang datang menziarahi arwah dan sememangnya dengan sifatnya yang sedemikian tidak mustahil arwah mempunyai ramai kenalan. Alhamdulillah semua urusan jenazah berjalan dengan lancar.

Kali terakhir saya berhubung dengan arwah adalah melalui sms pada 20/05/2010 sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3.30 pagi tadi 24/05/2010.

Sms terakhir daripada arwah adalah mengenai video yang saya upload dalam blog ini mengenai banjir di Putra Perdana katanya "Baru tahu putra perdana banjir, lagi.."

Itulah antara kenangan saya bersama arwah dan keluarganya. Arwah yang saya maksudkan disini ialah Saudari Eairrin Binti Hasshim dan suaminya dikenali dengan nama Sham.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah s.w.t mengampunkan segala kesalahannya dan ditempatkan bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang beriman serta memberi kesabaran kepada keluarganya di dalam mengharungi ujian Mu ini Ya Allah. Amin.....

AL-FATIHAH buat Eairrin...


Nota; Kepada rakan-rakan yang mengikuti blog ini, saya memohon kemaafan seandainya dalam tempoh seminggu dua ini saya kurang atau tidak dapat update blog kerana untuk tenangkan fikiran buat sementara waktu, sebagai makluman dalam bulan mei ini sahaja saya berdepan dengan 3 kematian orang-orang yang mengenali saya. Entahlah terlalu banyak ujian yang menimpa saya di dalam tahun ini, saya berserah kepada Allah

3 komentar:

  1. saya juga mengunjungi arwah dan sama2 ke kuburan smlm. moga dosa arwah diampuni dan rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. amin

    BalasHapus
  2. Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.

    BalasHapus
  3. Subhanallah,

    Tak sangka ada juga orang yang mengenali arwah selain saya di sini.

    Insyallah, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk arwah.

    BalasHapus