Sabtu, 22 Mei 2010

Perawi 11 - Abdullah

Abdullah, ialah; Abdullah bin Amru bin Al-Ash bin Wa’il, Al-Qurasyi, Al-Sahmi Al-Zahid Al-Abid. Dilahirkan di Mekah pada tahun ke-7 sebelum Hijrah. Ibunya bernama Raitah binti Munabbih bin Al-Hujjaj Bin Amir dan telah memeluk Islam. Beliau telah memeluk Islam lebih awal dari bapanya, dan beliau merupakan orang yang banyak mempelajari ilmu pengetahuan, ahli ibadah dan banyak membaca Al-Quran. Beliau juga orang yang banyak meriwayatkan hadis dan ilmu dari Rasulullah s.a.w, iaitu sebanyak 700 buah hadis. Beliau dan bapanya ada bersama-sama pada pembukaan Negara Syam dan Yarmuk. Ahli sejarah berselisih pendapat tempat beliau meninggal dunia, beliau meninggal pada tahun 65 Hijrah ketika berumur 72 tahun.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar