Jumat, 21 Mei 2010

Buku-Buku Pilihan



Asalamualaikum wbt


Insyallah, ruangan buku-buku pilihan akan diterbitkan dalam sedikit waktu lagi. Cumanya telah ada cadangan yang meminta saya tolong belikan buku-buku tersebut sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkannya, insyallah saya akan cuba usahakan. Tetapi ingin saya maklumkan disini bahawa ada buku-buku yang berada didalam koleksi saya ini, ada yang saya beli 5 tahun lepas atau lebih daripada itu dimana harga buku tersebut mungkin sudah berubah dengan harga sekarang dan ada pula keadaan dimana harga buku mengikut kualiti kulit buku.


Jadi apa yang saya boleh lakukan di sini ialah bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan buku-buku tersebut bolehlah menghantar e-mail kepada saya di alamat nizamblog@gmail.com serta nyatakan buku-buku yang dikehendaki dan juga maklumat anda seperti nama, alamat dan nombor telefon supaya mudah untuk saya hubungi. Kemudian saya akan semak dulu samada buku tersebut masih berada dipasaran atau tidak dan juga harga terkini serta kos penghantaran sekali ke alamat anda.


Sekiranya anda setuju dengan harga yang ditawarkan, barulah bank in kedalam akaun bank saya dan saya akan uruskan pembelian dan penghantaran buku tersebut terus ke alamat anda, cuma saya nak maklumkan di sini, saya cuma ada masa untuk membeli buku-buku tersebut pada hari sabtu dan ahad sahaja, jadi sekiranya anda menempah buku tersebut dalam minggu ini, saya hanya dapat uruskan penghantaran pada hari isnin minggu yang berikutnya sahaja.


Sekiranya ada pertanyaan atau cadangan lain boleh menghubungi saya di alamat e-mail di atas.


Sekian, wasalam.




Tidak ada komentar:

Posting Komentar