Rabu, 12 Mei 2010

Nombor Ekor



Asalamualaikum wbt

Kali ini saya nak menceritakan mengenai tawaran hidup mewah yang ditawarkan oleh tok sami. Boleh dikatakan hampir setiap bulan saya akan menerima risalah yang dipos dari wat Siam dari Kedah / Perlis dan saya pun dah tahu macamana nak buat untuk menghentikan perkara ini, akhirnya saya ambil keputusan untuk buat tak tahu saja dengan risalah tersebut dan terus dibuang ke dalam tong sampah.

Antara isi dalam risalah itu ialah mengenai kebolehan tok sami memberikan kesenangan kepada orang ramai dengan memberikan ramalan yang tepat mengenai nombor ekor yang akan naik. Jadi di dalam risalah tersebut juga mengajak orang ramai untuk mengadu kesusahan wang ringgit kepada tok sami dan tok sami akan menyelesaikannya dengan memberikan ramalan nombor ekor yang akan naik. Di dalam risalah tersebut juga ada dimasukkan testimoni daripada beberapa orang yang telah berjaya hidup senang selepas mendapatkan khidmat daripada tok sami dan termasuk juga testimoni daripada orang "MELAYU" yang saya pasti beragama"ISLAM".

Apa yang saya nak sampaikan disini ialah setiap kita tidak dapat lari daripada mengalami masa-masa kesusahan/kepayahan terutamanya berkaitan dengan wang ringgit, sakit dan lain-lain ujian dan sememangnya manusia itu akan berterusan diuji. Cuma mengapa kita perlu mendapatkan khidmat daripada orang lain, seperti tok sami, bomoh dan sebagainya. Bukankah apabila kita menghadapi situasi sebegini perkara pertama yang patut kita lakukan ialah berdoa kepada Allah. Apakah kita tidak yakin dengan Allah atau kita tidak yakin doa kita akan dimakbulkan oleh Allah.

Nabi sendiri berwasiat kepada kita kembalilah kepada Al-Quran dan Al-Sunnah tapi kenapa kita tidak mahu menerima nasihat Nabi, apakah nasihat Nabi itu sudah tidak relevan dengan masa sekarang? Adakah kita rasa kita lebih pandai daripada Nabi?

Apa pun kembalilah kepada Islam, kerana Islam bukan sahaja sekadar agama, malah Islam juga adalah cara hidup. Jadi marilah kita berazam dan berusaha untuk mengenali agama kita supaya kita dapat membezakan mana satu yang benar dan mana satu yang batil. Alangkah ruginya kita sekiranya selama ini perkara-perkara yang kita usahakan itu, rupanya-rupanya menjauhkan kita daripada syurga Allah.(mohon dijauhkan daripada diri dan keluarga kita)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar