Kamis, 13 Mei 2010

Perawi 6 - Ibnu Abbas

Ibnu Abbas, ialah ; Abdullah bin Abbas bin Abdul Muttalib Al-Hasyimi Al-Makki, iaitu sepupu Rasulullah s.a.w. Ibunya, ialah Lubabah binti Al-Harith Al-Hilaliyyah. Beliau digelar “orang yang paling disukai”, “lautan” kerana mempunyai ilmu yang banyak dan Rasulullah s.a.w telah mendoakan kepada beliau agar dikurniakan kebijaksanaan dan ditahnik dengan air liur baginda ketika dilahirkan di Mekah pada tahun ke-3 sebelum Hijrah. Beliau telah meriwayatkan 1,660 buah hadis dan ketika Rasulullah s.a.w wafat, beliau berumur 13 tahun. Beliau telah meninggal di Thaif pada tahun 68 Hijrah dan telah disembahayangkan oleh Muhammad bin Al-Hanafiah, beliau berkata ; “Telah hilang seorang rabbani zaman ini”. Maimun bin Mahran pula berkata: “Ketika Ibnu Abbas r.a diletak untuk disembahyangkan telah datang burung putih di atas kafan beliau, dan apabila mayat ditanam burung tersebut pun hilang. Ketika tanah diratakan terdengar satu suara ; “Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan yang diredhai, mak jadilah hamba yang sebenar-benarnya dan masuklah ke dalam syurgaku.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar