Rabu, 19 Mei 2010

Perawi 8 - Mu’awiyyah Bin Abi Sufyan

Mu’awiyyah Bin Abi Sufyan, ialah Sakhar Bin Harb, Abu Abdul Rahman, ibunya Hindun binti Utbah. Beliau telah memeluk Islam bersama-sama dengan bapanya, ibunya dan saudaranya Yazid pada peristiwa pembukaan Kota Mekah. Mu’awiyyah r.a telah berkata : “Aku telah memeluk Islam pada peristiwa Perjanjian Hudaibiah, tetapi aku telah merahsiakan daripada pengetahuan ibu dan bapaku.” Beliau telah bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w dalam peperangan Hunain dan telah mendermakan 100 ekor unta dan sebahagian dari hartanya. Mu’awiyyah r.a. juga merupaka seorang jurutulis Rasulullah s.a.w. Mu’awiyyah dan saudaranya Yazid telah pergi ke Syria ketika Saidina Abu Bakar r.a menghantar tentera ke sana dan beliau terus berkhidmat di Syria semasa zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab. Beliau telah meriwayatkan 163 buah hadis. Beliau kekal menjadi amir selama 20 tahun semasa pemerintahan Saidina Uthman r.a dan beliau telah meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 60 Hijrah di Damsyik, Syria. Semasa hayatnya beliau telah berwasiat agar dikafankan dengan jubah Rasulullah s.a.w. Bersama-sama beliau terdapat potongan kuku Rasulullah s.a.w dan telah berwasiat agar diletakkan kuku tersebut pada mata dan mulutnya ketika beliau meninggal dengan katanya: “Lakukan begitu kepadaku, (meletakkan potongan kuku) dan kekal aku bersama-sama dengan Tuhanku.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar