Jumat, 21 Mei 2010

Perawi 10 - Asma’

Asma’,ialah Asma’ binti Abu Bakar As-Siddiq r.a, beliau adalah isteri Zubair bin Awwam. Ibunya adalah Qatlah, dan ada pendapat yang menyatakan Qutailah. Beliau merupakan antara orang yang terawal memeluk Islam, iaitu selepas 17 orang. Sayyidatina Asma’ r.a lebih tua daripada Sayyidatina A’isyah r.a. Rasulullah s.a.w menggelar beliau sebagai “Zat Al-Nataqain” (yang mempunyai dua tali pinggang) kerana peranan yang dimainkannya dalam peristiwa Hijrah. Beliau telah membahagikan tali pinggangnya kepada dua bahagian, satu diikatkan kepinggangnya dan satu lagi diisikan dengan makanan untuk keperluan Hijrah Rasulullah s.a.w dan bapanya. Ketika berhijrah ke Madinah, beliau mengandungkan anaknya Abdullah r.a dan dilahirkan selepas Hijrah. Abdullah r.a merupakan bayi pertama dalam Islam yang dilahirkan selepas peristiwa Hijrah. Anak Sayyidatina Asma’ r.a iaitu Urwah bin Zubair r.a telah berkata “Umur ibuku menjangkau ke-100 tahun tetapi keadaan tubuh badan dan pemikiran beliau masih dalam keadaan baik”. Dan beliau telah meriwayatkan sebanyak 56 buah hadis. Meninggal dunia di Mekah pada tahun 73 Hijrah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar