Sabtu, 01 Mei 2010

Ilmu




Asalamualaikum wbt

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga Baginda.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bernafas sehingga ke saat ini. Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah apabila direnung-renungkan semula apa yang telah saya paparkan dilaman blog ini ialah makin terasa kurangnya ilmu yang ada dan masih terlalu banyak lagi ilmu yang masih belum diteroka. Persoalan yang timbul adakah masih sempat untuk mempelajarinya lagi?

Sebagaimana seperti yang kita sedia maklum, asas kepada agama kita adalah ilmu, Ayat Al-Quran yang mula-mula turun juga menyuruh kita membaca (seperti yang saya catatkan di bahagian bawah tajuk blog saya) justeru itu kita selalu kedengaran ramai daripada kalangan cerdik pandai dan para penyelidik dari barat yang memeluk Islam, kenapa ? Pada pandangan saya mungkin mereka telah berjumpa dengan hakikat ilmu tersebut atau dengan kata lain pemilik sebenar ilmu tersebut.

Masalah "orang kita" pula tidak ramai yang mahu membudayakan ilmu, kebanyakan kita belajar hanya untuk menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk memenuhi tuntutan ilmu tersebut. Maka tidak hairanlah apabila keluar saja dari universiti/kolej dll semua buku-buku akan disimpan didalam kotak. Satu lagi senario ialah kita boleh lihat di kebanyakkan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak masjid atau surau boleh dikatakan yang hadir kemajlis tersebut adalah muka-muka yang sama dan bilangannya kadang-kadang boleh dibilang dengan jari. Alasan yang selalu kedengaran ialah "balik-balik bab solat, balik-balik bab puasa, balik-balik bab syurga neraka dll". Tapi pernahkan kita tanya kepada diri kita sendiri adakah kita ni dah betul-betul khatam bab-bab ilmu yang kita remehkan tersebut, cth. ada berapa bacaan dalam rukuk? ada berapa bacaan pula dalam sujud? Apakah rukun solat? bolehkan kita jawab dengan fasih. Hatta orang yang telah khatam sekali pun akan duduk mendengar dengan tekun bab-bab tersebut sebagai adab dengan ilmu. Janganlah sekali-kali kita berbangga dengan ilmu yang dimiliki kerana hakikat sebenar pemilik sebenar ilmu itu adalah Allah s.w.t.

Oleh itu saya menyeru kepada diri saya dan tuan-tuan semua marilah kita sama-sama mencari ilmu di kesempatan yang masih ada ini, supaya dengan yang demikian kita dapat membezakan yang mana yang benar dan yang mana yang batil, mudah-mudahan kehidupan kita akan lebih aman dan tenang.

Insyallah lain kali kita sambung lagi dan seandainya ada salah dan silap, saya mohon maaf. Wallahualam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar