Senin, 17 Mei 2010

Berita Terkini - Rakyat Malaysia dinasihat tunda atau batal perjalanan ke Bangkok



Rakyat Malaysia dinasihat tunda atau batal perjalanan ke Bangkok
17/05/2010


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihatkan menunda atau membatalkan perjalanan mereka ke Bangkok sekiranya tidak membabitkan urusan penting. Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay, berkata walaupun Malaysia belum mengeluarkan amaran perjalanan, rakyat negara ini harus mengambil kira keadaan yang semakin buruk di ibukota Thailand itu sebelum pergi ke sana.

"Tetapi sekiranya dirasakan penting untuk ke sana rakyat Malaysia mesti memaklumkan kepada kedutaan kita di sana bagi memudahkan wakil kita yang beroperasi 24 jam memberitahu mereka perkembangan terkini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, buat masa ini kerajaan juga belum berhasrat membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di sana termasuk pelajar kerana keadaan masih terkawal. - Bernama

Tidak ada komentar:

Posting Komentar